18 Oktober 2026 JUAL 999.9 RM 672.00/g JUAL 916 RM 562.00/g TRADE-IN 916 RM 495.00/g BELI EMAS LAMA 916 RM 483.00/g BELI EMAS LAMA 999 RM 535.00/g 18 Oktober 2026 JUAL 999.9 RM 672.00/g JUAL 916 RM 562.00/g TRADE-IN 916 RM 495.00/g BELI EMAS LAMA 916 RM 483.00/g BELI EMAS LAMA 999 RM 535.00/g

Dasar Pemulangan & Pertukaran


Pertukaran Barang Kemas Baharu

Barang kemas yang dibeli dari kedai kami boleh ditukar dalam tempoh 7 hari, dengan resit asal, dalam keadaan asal dan belum dipakai. Nilai tukaran mengikut kadar emas semasa pada hari tukaran dan tertakluk kepada pemeriksaan kualiti di kaunter.

Pertukaran sebahagian tidak dibenarkan; barang mesti ditukar sepenuhnya.

Jaminan Kecacatan Kilang

Kecacatan kilang pada barang kemas baharu akan dibaiki atau diganti dengan barang yang sama atau setara nilai, tanpa caj, dengan resit asal.

Jaminan ini TIDAK meliputi: kerosakan akibat pemakaian biasa (haus, calar), penyalahgunaan atau kemalangan, dan barang yang telah diubah suai oleh tukang emas lain. Batu yang tertanggal mesti dikembalikan bersama barang untuk pemasangan semula.

Urusan Jual Emas (Buyback)

Urusan jualan emas lama oleh pelanggan kepada kami adalah muktamad setelah bayaran diterima, kerana emas tersebut dihantar untuk proses semula. Penimbangan dan kiraan dibuat terbuka di hadapan anda; sila pastikan anda berpuas hati sebelum urusan disahkan.

Kesilapan Harga

Sekiranya berlaku kesilapan sistem atau taipan pada harga di laman web, kami berhak membetulkan harga tersebut; harga yang disahkan di kaunter adalah muktamad.

Kemaskini terakhir: Julai 2026. Hubungi kami di 012-234 8203 untuk sebarang pertanyaan.

Kunjungi Kami

Hubungi Kami


Lokasi & Waktu Operasi

Kedai Emas Naufal Perling
35, Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
(Bangunan Amerin Hotel)

Telefon: 012-234 8203

Isnin – Ahad10:00 pagi – 7:00 malam
4.8 ★ · 1,502 ulasan Google