18 Oktober 2026 JUAL 999.9 RM 672.00/g JUAL 916 RM 562.00/g TRADE-IN 916 RM 495.00/g BELI EMAS LAMA 916 RM 483.00/g BELI EMAS LAMA 999 RM 535.00/g 18 Oktober 2026 JUAL 999.9 RM 672.00/g JUAL 916 RM 562.00/g TRADE-IN 916 RM 495.00/g BELI EMAS LAMA 916 RM 483.00/g BELI EMAS LAMA 999 RM 535.00/g

Terma & Syarat


1. Umum

Laman web ini dikendalikan oleh Kedai Emas Naufal, Taman Perling, Johor Bahru. Dengan menggunakan laman ini atau berurusan di kedai kami, anda bersetuju dengan terma di bawah.

2. Harga Emas Harian

Semua harga di laman ini dikemaskini setiap pagi mengikut pasaran semasa dan sah untuk hari yang sama sahaja. Harga muktamad ialah harga yang disahkan di kaunter pada masa urusan.

3. Jaminan +RM1

Jaminan +RM1 segram terpakai apabila pelanggan menunjukkan harga belian (buyback) semasa pada hari yang sama dari laman web rasmi pengedar emas berlesen di Malaysia, untuk ketulenan dan kategori yang sama, dan disahkan oleh kakitangan kami di kaunter sebelum penimbangan.

4. Urusan Belian Emas & Pematuhan AMLA

Semua belian emas memerlukan kad pengenalan (MyKad atau pasport). Sebagai peniaga logam berharga, kami mematuhi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA): butiran pelanggan dan urusan direkodkan, dan urusan tunai yang besar mungkin tertakluk kepada keperluan pelaporan di bawah undang-undang.

Penimbangan dan penilaian ketulenan dibuat secara terbuka di hadapan pelanggan. Jumlah bayaran dikira sebagai berat x kadar segram yang diterbitkan.

5. Emas Pajak

Bagi khidmat tebusan emas pajak, penebusan dibuat di kaunter pajak gadai berlesen di hadapan pelanggan. Baki nilai selepas penebusan dibayar kepada pelanggan serta-merta di tempat yang sama.

6. Had Tanggungjawab

Kami berusaha memastikan maklumat di laman ini tepat, namun kesilapan taipan atau teknikal boleh berlaku. Sekiranya berlaku percanggahan, harga dan terma yang disahkan di kaunter adalah muktamad.

Kemaskini terakhir: Julai 2026. Hubungi kami di 012-234 8203 untuk sebarang pertanyaan.

Kunjungi Kami

Hubungi Kami


Lokasi & Waktu Operasi

Kedai Emas Naufal Perling
35, Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
(Bangunan Amerin Hotel)

Telefon: 012-234 8203

Isnin – Ahad10:00 pagi – 7:00 malam
4.8 ★ · 1,502 ulasan Google